Cerita Sebenar Cubaan Culik Gagal Di Sierramas Sungai Buloh - Langgar Kereta Wanita 20 tahun, Tangkap Masuk Van Dan Campak Wanita Ni Tepi Jalan

KUALA LUMPUR 10 Jan.- Cubaan culik seorang wanita gagal apabila dua lelaki berjaya diberkas polis dalam kejadian berhampiran sebuah sekolah Antarabangsa di Jalan Sierramas Utama, Sungai Buloh di sini hari ini.
Wanita yang merupakan pengurus di sebuah kilang langsir berusia 20 tahun itu dilarikan oleh dua lelaki tempatan kira-kira pukul 6 petang.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Dr. Abdul Aziz Awang Darus ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.
Namun, beliau memberitahu, satu sidang akhbar akan diadakan pagi ini berhubung kejadian terbabit.
Hari ini, viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApps gambar dua lelaki dibelasah orang ramai selepas dikatakan terlibat dalam kejadian culik di sekitar Sungai Buloh.
Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah van berwarna putih itu berjaya diberkas selepas kenderaan mereka hilang kawalan ketika melarikan diri. – Utusan
_______
_______
Kes culik baru saja berlaku petang tadi… Dengar kata mangsa culik di campak dari van setelah orang ramai mengejar… Alhamdulillah penculik dapat di tewas kan kerana banyak motor yang mengejar…

[​IMG]
[​IMG]

[​IMG]

[​IMG]

[​IMG]

[​IMG]

[​IMG]

0 Response to "Cerita Sebenar Cubaan Culik Gagal Di Sierramas Sungai Buloh - Langgar Kereta Wanita 20 tahun, Tangkap Masuk Van Dan Campak Wanita Ni Tepi Jalan"

Post a Comment